Wednesday, February 20, 2013

wonderful february is going to be ended~ ;(

hari ni dah 21hb. esok 22hb...minggu depan da 28hb..maka berakhirlah sudah kisah kita, eh2 ....berakhir la sudah bulan februari yang penuh dengan warna-warni. mac pulak bakal datang dengan seribu tanda tanya. ???

nak cerita la sikit pasal proses kempen mengempen dan PRK baru-baru ni..semalam la tamat dengan rasminya proses membuang undi. keputusannya bakal diumumkan minggu depan. nak tahu perasaan salah sorang calon yang bertanding (tuju kpd diri sendiri)....rasenya tak ada perasaan pun. hahahah. kalah ke menang ke tetap sama perasaan. ye la. tak kan nak frust menunggeng or seronok sakan kan. PRK je pun. bukan dapat result exam. hahah. semuanya berserah kepada Ilahi dan redha dengan keputusan nanti. haha.

nak cerita pasal budak kelas lah. meriah sikit. sem ni best r budak kelas. semua happening. yang dah happening makin happening. yang baru nak happening tu, masih ada sikit sikit malu r. tapi overall semua da fun. heeee. hari-hari pergi kelas tak bosan r, duk gelak je keje. tambah-tambah lecturer pun sekepala kan.

mostly dak kelas, lahir bulan feb r. tu yang special sikit feb tu. mus, afaten, ct, dayat dan tidak lupa lah kepada penulis ni sendiri.weeee gediks. hhaha. ade surprise beday ke cik as tahun ni ?? hmmm ingat kan tak ada lah sebab bday jatuh pada hari cuti kan. so ingat just wish and present je la dapat. tapi ..... jeng3

rupa-rupanya ada lah. the white ladies buat surprise. memang unexpected. name lagi surprise kan. haha. memang terharu gilerr r. ye r, aku ni sape lah berbanding mereka kan, ala-ala grey gitu. amat ketara r dengan white. sobs. apa-apa pun jutaan terima kasih la kepada yang terlibat tu. especially kpd pelakon hebat yang menjatuhkan 'kek' tu. poyo jeeee !!! hahaha..last kepada pemberi hadiah tudung 'ekslusif' tu.. insyaalllah suatu hari nanti okey. apabila saya sudah bersedia. ;)


Saturday, February 16, 2013


The day is here again, i cant' remember every moment of that day, but i could remember when i first saw you and asked your name. Happy 7th Anniversary !



160206-160213

tanggal 15 FEB 1990
uwaaaa..uwaaaa..uwaaaa...

jam di dinding menunjukkan pukul 7.26pm. maka lahirlah seorang bayi perempuan yang agak kiut (cmne nk ukur paras kekiutan tu aku pun xtau) ke dunia yang fana ini. bayi perempuan ini tadi diberi nama NOORASMAD BINTI MAT RIPIN. hari demi hari silih berganti, bayi tersebut telah membesar dengan sebesarnya. sehinggalah pada tika saat ini iaitu 16FEB 2013....

hik3..hai sume,nama sy as. sy berumor 22 thn. berat sy 46kg..opss..23thn daa..mmg sy nmpk je mude kiut cmni,tp sy da matang k. layan gambar je laaa...










NAH HADIAHHH UTK ANDA...PELAHAP BETOLLL MAKAN..LICIN WEYY

Friday, February 8, 2013

Popsss..PRU di atas bukanlah bermaksud pilihanraya umum yang Malaysia ni ye. besaq sangat tu. hahha.
sekarang ni maktab aku tengah sibuk dengan kempen-kempen pilihanraya kampus. hehe. jadi aku mengambil kesempatan di sini untuk memancing ikan a.k.a undi lah. huhu

sekadar mencuba nasib sahaja aku masuk bertanding calon JPP ni. entah menang entah tidak lagi. semuanya bergantung kepada undi. tak ada nye nak undi sms ke apa. jawatan ?? hmmm sebenarnya bermula tahun ini format pertandingan ni ditukar. iaitu calon bertanding untuk merebut kerusi dahulu, bukannya terus merebut jawatan. jadi aku tak tahulah jawatan apa aku bertanding ni. hahah. yang aku tau hanya untuk ahli majlis mesyuarat (AMM). contohnya, exco helwani, exco akademik, exco sukan, exco kolej kediaman etc
ramai jugak calon lain.

untuk AMM seramai 32 orang, 20 orang yang tertinggi undian akan menang. untuk ahli majlis tertinggi (AMT) pulak, contoh ydp, nydp, setiausaha agong, bendahari..11 orang bertanding, 7 tertinggi akan menang. macam tu lah ceritanya. susah jugak ni. kalau tak cukup or terlebih pangkah, dikira undi rosak. maka jenguh la sorang-sorang nanti duk kira bilangan pangkah tu. silap-silap haribulan, tak terpangkahnya aku..aishhhh ala jangan laaa...(nada manja gtuww) puiii...

so tunggu je lah hari kejadian, 19hb dan 20hb..bakal merungkai segala-galanya. ayat xley blaaa.
hahhaha. membawa tagline "Anda Resah, Saya Kisah", dengan ini mempersilakan calon AMM untuk mempromosi diri..hahhaa

POSTER yang telah mencacatkan pemandangan sekitar susur gajah IPG
cc: Ciwan


Banner Timeline yang menghiasi page fb
cc: Jerol

p/s dipersilakan untuk share ye ;)
bismillahhirahhmanirrahim..assalamualaikum semua ;)

diam tak diam sudah masuk bulan Feb kita ni. bulan Feb dipanggil juga bulan cinta. ahakz. apa kena mengena pulak dengan cinta ni cik kiah oi...orang kata la, bukan aku kata. bagi aku bulan Feb ni kira special la jugak. tapi kadang-kadang tak suka jugak sebab dalam bulan ini jugak aku melangkah ke alam 'dewasa'. tak usah guna perkataan tua ok. sentappmakknokk.hahha

budak-budak IPG cuti seminggu sempene CNY ni. mewah tak? even tak sambut kan, tapi kita kan 1 Malaysia. haha. kena la share kegembiraan itu bersama-sama. kalau cina cuti seminggu, melayu pun kenalah cuti seminggu jugak. begitu juga india dan selebihnya. tak ke gitu cik kiahh..

jadi, maktab aku cuti 8-16hb..opsss maknanya hari istimewa aku tu tergolong dalam cuti tu la ye. hik3. gedik tol. makanya dijadikan cerita hari yang dinanti-nanti 15 Feb jatuh pada hari Jumaat yang penuh berkat. di manakah aku pada tika saat itu, dengan siapakah, wallahuahlam.. sebab plannye nak pegi Nilai dan KL. tengok lah camne jadi ke tak. haha

buat sahabat2 Chinese yang beragama Buddha..Gong Xi Fa Cai dr sy, meloveas.kuang3

Saturday, February 2, 2013



Thursday, January 31, 2013

weeee..akhirnya sampai juga aku di Cameron Highlands ni.maklum laa last aku sampai CH ni time sekolah rendah kot.(ok sila booooo sy).lama dah sebenarnya aku teringin nak pegi CH ni.plan punya plan,tak jadi.selalu macam tu la.benda yang kita rancang selalunya tak jadi kan.sebab itu lah kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukannya.so terima dengan reda.

tapi 24Jan lepas,tiba-tiba terjadi lah plan ke CH ni.kami pegi berlima.macam mana boleh sampai ke CH??
ceritanya bermula begini (mood flashback)....

si budak zaem ni duk cakap-cakap pasal sungai palas daun palas kejadahnya.katanya tempat lawa glerr,tempat OR (ombak rindu) shooting situ.aku ni ibarat tepuk sebelah tangan tak berbunyi..errr macam xmasuk kan peribahasa tu..refresh balik.haaa..macam katak di bawah tempurung.boleh la kan.tak tahu menahu la plak OR OR ni..KFC OR tahu laa..hehe

so aku pun berseloroh je la..jom r p sg palas kau tu..pastu decide punya decide.orait.jie and fara join skali.lagi la melompat aku.kitorg last confirm pagi khamis 24Jan tu r.giler x.haha.sebelum tu berkali-kali diingatkan yang trip ni ialah TRIP BAJET.so harusla bajet dalam segala hal kan.habis kelas pukul 1.30petang.balik hostel,bersiap bagai.

dalam pukul 3petang,kami memulakan perjalanan.nak dipendekkan ceritanya,sepanjang perjalanan tu happening glerrr..kereta bergelegak dengan bingitan suara-suara radio buruk.bayangkan laa lima orang kepala giler-giler bergabung lalu membentuk sebuah team.yang dipanggil teamstrowberi.haha.tagline kami "cter sini habis sini rr".dengan lagu temanya 'asalkan aku okey'.

sampai di puncak CH dalam 7.00 malam.pegi dinner dulu.cuaca hujan renyai-renyai dengan angin kuat weyy.haha.dapat la berangan duk korea kan.nak dijadikan cerita,aku ni tak bawa sweater pun sebab bajet mampu bertahan kan.tatkala angin bertiup kencang melanggar aku,dapat rasa wooo hingga ke tulang dingin angin tu.pastu,kitorg check-in kat netasha hotel.girls ambik bilik harga rm50 je (name lg bajet kan).guys ambik yang rm30 (bajet glerr neh).setel sume,turun pegi jalan-jalan ambik angin malam lak...ZZZzzzz

25Jan, pagi jumaat,pukul 7.00pagi.check-out.singgah taman pertabalan kt tanah rata.sesi photoshoot mengambil tempat.basically memang hari tuk berposing-posing pun.semua gambar diambil oleh poyografer kami y rasmi iaitu zahar the oldskool.hari tu jugak lah hari tuk pegi tempat-tempat menarik kira macam must-visited places to go bila kt CH r.kami pegi sg palas (lokasi UTAMA @ main purpose trip ni),cactuspoint dan kea farm.senang dan jimat masa sebab dekat kea farm semua benda dah ada kt situ.so tak payah nak berhenti banyak kali.strowberi pun ada.

masa pun berlalu,pukul 2petang gerak balik.dalam perjalanan,drop zaem si gedik ni kt gua musang.gedik sangat nak balik rumah dia,KL (kuala lipis okey).tinggal lah kami berempat.perjalanan harus diteruskan.radio buruk pun berfungsi seperti biasa.sampai maktab pukul 7malam.anyeogaseyo !

perbelanjaan trip bajet ke CH 2D1M (part aku la)

#minyak kete                     : RM20 seorang (RM100/5)
#hotel                                : RM16.70 (RM50/3)
#makan-makan                  : RM16 merangkumi RM4.00(dinner 1st), RM5.00(breakfast),RM7(dinner 2nd)
#tea and cake dkt sg palas : RM6 (bajet nk rase mcm retiss kan mkn kt situ)
#shopping kt kea farm        : RM15 (sayur utk ma and strowberi utk classmates)
#cactuspoint                       : RM3
TOTAL : RM 76.60 (kira RM80 laa)

rasanya aku yang paling bajet ni compare dengan empat orang lagi tu.hahhaha..



lampiran 






kesimpulannya
How we spend our days is, of course, how we spend our lives
EXPECT THE UNEXPECTED !